Malaysian Student's Hostel No 4, Abu Al Futuh Street Utubis Jadid El Mansoura, Egypt. ( +20101489131 )


BIL: 59 # JAMADIL AWWAL 1430 H / MEI 2009 M # EDISI MANSURAH # UNTUK AHLI # PERCUMA

JEJAK ULAMAK - SYEIKH FUAD AL-MALIKI HAFIZAHULLAH


Warkah Cinta kali ini berkenalan dengan seorang 'alim yang bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu, kitab-kitab turast, sanad dan ijazah. Beliau ialah al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahulla
h.

Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia).

Berikut merupakan sebahagian pengenalan terhadap syeikh, sebagaimana yang telah ditulis oleh anak murid iaitu Ust Mujahid b. Abdul Wahab di dalam bukunya yang berjudul: "Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki yang ku kenali" :
"..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafus soleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.
Beliau telah bermusafir ke negara-negara Islam seperti Mesir, Sudan, Syria, Lubnan, Palestin, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah, Turki, Indonesia, Singapura dan lain-lain untuk tujuan itu dan telah mendapat redha dan restu daripada ramai tokoh-tokoh dan jaguh ulama’ Islam dalam bidang ilmu dan dakwah. Daripada merekalah beliau memohon tunjuk ajar, nasihat dan doa agar diberikan taufiq dan kekuatan dalam meneruskan agenda dakwah dan melangsungkan kesinambungannya.

Antara karya beliau ialah Rasulullah dari Perspektif Imam Syafi’I, Maulid Nabi dalam Neraca Nabawi, Rantaian Nasab Nabi, Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan), Hukum Menghina Nabi, Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur, Keunggulan Rasulullah, Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan), Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan), Keistimewaaan Rasulullah, Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan), Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj dan pelbagai tajuk kitab lagi.

Dari kaca mata beliau, seseorang pendakwah itu haruslah dilengkapi dengan beberapa perkara iaitu ilmu, kecemburuan terhadap agama serta apa yang lebih utama lagi ialah keizinan dan sanad daripada para masyayikh untuk menjalankan usaha dakwah dan tarbiah. Disebabkan sifat sodiq dan amanahnya itu, Allah telah melimpahkan keberkatan ilmu dan futuh terhadapnya serta mencampakkan perasaan kasih ke dalam hati anak-anak murid juga insan-insan yang mendampinginya.

Semoga sifat peribadi dan akhlak mulia beliau menjadi contoh buat kita yang sedang menuntut ilmu di Ardil Kinanah ini.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
UNIT DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN DPMM 2008/2009


0 Response for the "Risalah Dakwah ( 2 )"

Post a Comment

ASSALAMUALAIKUM WBTH, SALAM SEJATERAH SELAMAT BERKUNJUNG BUAT SELURUH MAHASISWA/WI BAIK YANG BERADA DI BUMI MESIR MAHUPUN DI MALAYSIA,KAMI BARISAN KEPIMPINAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNTUT ILMU DAN SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN SEMESTER KE-DUA,SEMOGA KITA DIBERI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT SEKIAN TERIMA KASIH.."JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH" " www.dpm-mansoura.blogspot.com "...

    Followers

    Labels

    Powered By Blogger