Malaysian Student's Hostel No 4, Abu Al Futuh Street Utubis Jadid El Mansoura, Egypt. ( +20101489131 )


BIL: 59 # JAMADIL AWWAL 1430 H / MEI 2009 M # EDISI MANSURAH # UNTUK AHLI # PERCUMA

JEJAK ULAMAK - SYEIKH FUAD AL-MALIKI HAFIZAHULLAH


Warkah Cinta kali ini berkenalan dengan seorang 'alim yang bersungguh-sungguh memberikan perhatian kepada ilmu, kitab-kitab turast, sanad dan ijazah. Beliau ialah al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad b. Kamaludin al-Maliki al-Azhari Hafizahulla
h.

Memberikan sumbangan yang amat besar kepada Umat Islam Malaysia. Pernah menerima Anugerah Khas Maal Hijrah Negeri Sembilan 1427 Hijriyyah. Pelopor kepada Yayasan Sofa Negeri Sembilan, Madrasah Husainiah, Madrasah Hasaniah, Pusat Tahfiz al-Quran dan Hadith, Darul Maliki dan penubuhan Universiti al-Azhar (Cawangan Malaysia).

Berikut merupakan sebahagian pengenalan terhadap syeikh, sebagaimana yang telah ditulis oleh anak murid iaitu Ust Mujahid b. Abdul Wahab di dalam bukunya yang berjudul: "Syeikh Muhammad Fuad al-Maliki yang ku kenali" :
"..Syeikh Muhammad Fuad al Maliki adalah seorang ulama’ yang begitu menitikberatkan pengajian ilmu secara bersanad dan bertalaqqi kerana ia adalah warisan ulama’ dan salafus soleh yang mulia. Oleh yang demikian, beliau telah mengembara ke merata tempat dan mengorbankan wang yang banyak demi memperolehi sesuatu ilmu serta menghubungkan rantaian sanad yang bersambungan dengan ulama’ seterusnya kepada Rasulullah.
Beliau telah bermusafir ke negara-negara Islam seperti Mesir, Sudan, Syria, Lubnan, Palestin, Emiriah Arab Bersatu, Makkah, Madinah, Turki, Indonesia, Singapura dan lain-lain untuk tujuan itu dan telah mendapat redha dan restu daripada ramai tokoh-tokoh dan jaguh ulama’ Islam dalam bidang ilmu dan dakwah. Daripada merekalah beliau memohon tunjuk ajar, nasihat dan doa agar diberikan taufiq dan kekuatan dalam meneruskan agenda dakwah dan melangsungkan kesinambungannya.

Antara karya beliau ialah Rasulullah dari Perspektif Imam Syafi’I, Maulid Nabi dalam Neraca Nabawi, Rantaian Nasab Nabi, Kewajipan Mencintai dan Memuliakan Nabi (Terjemahan), Hukum Menghina Nabi, Hidupnya Para Nabi di Dalam Kubur, Keunggulan Rasulullah, Ringkasan Sirah Nabawiyyah (Terjemahan), Al Anwar al Nabawiyyah (Terjemahan), Keistimewaaan Rasulullah, Mukhtasar Syamail Muhammadiah (Terjemahan), Mu’jizat Isra’ dan Mi’raj dan pelbagai tajuk kitab lagi.

Dari kaca mata beliau, seseorang pendakwah itu haruslah dilengkapi dengan beberapa perkara iaitu ilmu, kecemburuan terhadap agama serta apa yang lebih utama lagi ialah keizinan dan sanad daripada para masyayikh untuk menjalankan usaha dakwah dan tarbiah. Disebabkan sifat sodiq dan amanahnya itu, Allah telah melimpahkan keberkatan ilmu dan futuh terhadapnya serta mencampakkan perasaan kasih ke dalam hati anak-anak murid juga insan-insan yang mendampinginya.

Semoga sifat peribadi dan akhlak mulia beliau menjadi contoh buat kita yang sedang menuntut ilmu di Ardil Kinanah ini.

"JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH"
UNIT DAKWAH & PEMBANGUNAN INSAN DPMM 2008/2009




BIL: 58 / RABIUL AKHIR 1430H / APRIL 2009M / EDISI MANSURAH/ UNTUK AHLI / PERCUMA
Pejuang Islam dan penulisan

Mereka yang meminati buku tarbiah dan perbincangan permasalahan moden sudah pasti baginya tidak asing dengan tokoh ini. Setiap tulisan yang dihasilkan oleh beliau bukanlah sekadar tulisan biasa, ianya adalah tulisan yang lahir dari hati yang ikhlas kepada Allah, tulisan yang mempunyai nilai tarbiah yang sangat tinggi. Dr. Yusuf al Qardhawi menyatakan bahawa beliau adalah seorang ulama yang sangat dikagumi dari sudut perjuangan dan tulisannya, apa yang ditulis menggambarkan peribadinya yang sangat luhur dan murni.


Beliau adalah Dr. Abdullah Nasih Ulwan; dilahirkan pada tahun 1928 Masihi di Daerah Qadhi Askar yang terletak di Bandar Halb, Syria. Beliau dibesarkan di dalam keluarga yang berpegang teguh pada agama dan mementingkan akhlak Islam dalam pergaulan sesama manusia. Ayahnya, Syeikh Said Ulwan adalah seorang yang dikenali di kalangan masyarakat sebagai seorang ulama dan tabib yang disegani. Syeikh Said Ulwan sentiasa mendoakan semoga anak-anaknya lahir sebagai seorang ulama ‘murabbi’ yang dapat memandu masyarakat. Allah memperkenankan doa beliau dengan lahirnya Dr. Abdullah Nasih Ulwan sebagai ulama (murabbi’) pendidik rohani dan jasmani yang disegani di abad ini.


Pendidikan awal beliau di peringkat rendah (ibtidaei) di Bandar Halb. Setelah berusia 15 tahun, Syeikh Said Ulwan menghantar beliau ke Madrasah Agama untuk mempelajari ilmu agama dengan cara yang lebih luas. Ketika itu, beliau sudah menghafal al Quran dan sudah mampu menguasai ilmu bahasa Arab dengan baik. Semasa di madrasah, beliau menerima asuhan dari guru-guru mursyid. Beliau sangat mengkagumi Syeikh Raghib al Tabhakh, seorang ulama hadis di Bandar Halb. Semasa usia remaja beliau sudah terkesan dengan bacaan tulisan ulama-ulama sanjungan di waktu itu seperti Dr. Syeikh Mustafa al Sibaei.


Pada tahun 1949 Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi sijil menengah agama, kemudian memasuki Universiti Al Azhar pada tahun berikutnya serta memperolehi ijazah pertama dalam Fakulti Usuluddin pada tahun 1952. Beliau memperolehi takhassus pendidikan dan tarbiah pada tahun 1954. Semasa berada di Mesir beliau banyak menghadiri majlis perbincangan ulama-ulama dan mendekati gerakan Islam. Dr. Abdullah Nasih Ulwan memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti al Sand Pakistan pada tahun 1982 dengan tesis yang bertajuk “Feqh Dakwah wa Daeiah”.


Penglibatan sepenuh masa beliau sebagai pendakwah setelah mana pulang dari Al Azhar. Beliau telah dilantik sebagai guru sebuah Kolej di Bandar Halb. Beliaulah orang yang pertama memperkenalkan mata pelajaran Tarbiah Islamiah sebagai mata pelajaran asas dalam sukatan pembelajaran di Kolej berkenaan


Beliau adalah seorang yang sangat berani menyatakan kebenaran, tidak takut atau gentar kepada sesiapa pun dalam menyatakan kebenaran sekalipun kepada pemerintah. Dr. Abdullah Nasih Ulwan juga seorang yang sangat benci kepada perpecahan dan munculnya berbilang-bilang jamaah dalam negara Islam. Beliau menyeru kepada perpaduan dan kesatuan atas nama Islam untuk membina kekuatan umat Islam yang semakin pudar. Beliau berpendapat bahawa pepecahan umat Islam perlu dimuhasabah semula oleh setiap lapisan umat Islam. Apabila berbincang mengenai perpaduan dan kesatuan umat Islam, airmatanya pasti tumpah menandakan beliau adalah seorang yang sangat cintakan kesatuan umat Islam.


Dr. Abdullah Nasih Ulwan sangat gemar kepada penulisan, kertas dan pena sentiasa bersama walau di mana beliau berada. Walaupun sibuk dengan kuliah, nadwah dan syarahan, beliau tetap memperuntukan masa untuk penulisan. Beliau telah menghasilkan hampir lima puluh buah kitab yang membincangkan pelbagai tajuk.


Di antara kitab karangan beliau yang masyhur ialah : 1. Pendidikan anak-anak di dalam Islam (2 jilid). 2. Hukum zakat menurut empat mazhab. 3. Madrasah Duat. 4. Takaful Ijtimaei dalam Islam. 5. Insurans Menurut pandangan Islam. 6. Pemuda Islam dalam menghadapi serangan musuh. 7. Menolak keraguan yang didatangkan musuh.


Beliau juga banyak menulis kitab mengenai tarbiah Islamiah, kitabnya sangat menyentuh jiwa pembaca. Ini kerana tulisan yang terbit dari hati, insyaAllah akan jatuh ke hati, antaranya ialah :

1. Kepada Pewaris Anbiya'. 2. Thaqafah Daeiah. 3. Ruhaniah Daeiah. 4. Kisah Hidayah (2 jilid) 5. Sifat Jiwa dan Diri Daei.


Dr. Abdullah Nasih Ulwan meninggal dunia pada hari Sabtu jam 9.30 pagi 5hb Muharram 1408 Hijrah bersamaan 29hb Ogos 1987 Masihi di Hospital Universiti Malik Abdul Aziz di Jeddah, Saudi dalam usia 59 tahun. Jenazahnya di bawa ke Masjidil Haram untuk disembahyang dan dikebumikan di Makkah.


Walaupun beliau sudah pergi menemui Allah Taala tetapi dakwahnya tetap berterusan melalui buku dan kitab –kitab yang dihasilkan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberikan kekuatan kepada generasi yang memikul amanah dakwah Islamiah selepasnya. Amin.


RUJUKAN : “Muqaddimah Silsilah Madrasah Du’at (jilid 1) - internet


Dikeluarkan Oleh : Unit Dakwah & Pembangunan Insan Sesi 2008/2009

ASSALAMUALAIKUM WBTH, SALAM SEJATERAH SELAMAT BERKUNJUNG BUAT SELURUH MAHASISWA/WI BAIK YANG BERADA DI BUMI MESIR MAHUPUN DI MALAYSIA,KAMI BARISAN KEPIMPINAN MENGUCAPKAN SELAMAT MENUNTUT ILMU DAN SELAMAT MENDUDUKI IMTIHAN SEMESTER KE-DUA,SEMOGA KITA DIBERI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT SEKIAN TERIMA KASIH.."JULANG THAQAFAH BAKTI DICURAH" " www.dpm-mansoura.blogspot.com "...

    Followers

    Labels

    Powered By Blogger